News

WTC RED LIPS MENTORSHIP PROGRAM

Dec 15, 2023
15 DISEMBER 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) meneruskan komitmennya untuk memperkasa peranan dan keterlibatan wanita dalam bidang teknologi dengan menganjurkan Program WTC RedLIPS Mentorship. Pelaksanaan program ini adalah sejajar dengan inisiatif Woman Technologist Chapter (WTC) MBOT. 

Program bimbingan ini merupakan salah satu komponen utama inisiatif WTC yang menghimpunkan lapan tokoh wanita terkemuka dan ahli-ahli wanita MBOT. Matlamat utamanya adalah untuk menyediakan platform sokongan untuk tujuan jaringan rangkaian, mentorship, dan perkongsian pengetahuan.

Para mentor untuk program ini termasuk Ts. Sharifah Zaida Nurlisha Syed Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MMC Oil & Gas Engineering Sdn Bhd (MMCOG), Cik Grace Chan, Ketua Sumber Manusia, Hengyuan Refining Company Berhad (dahulunya dikenali sebagai Shell Refining Company Berhad), Dato' Roslina Zainal, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Ts. Annaliz Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Global Technical Solutions Sdn Bhd. Selain itu, Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan dan Prof. Madya Ts. Dr. Ruslinda binti A. Rahim Bakar, Anggota Lembaga MBOT turut memainkan peranan sebagai mentor. 

Program ini telah dihadiri seratus peserta dari pelbagai bidang teknologi di sektor kerajaan dan swasta.