About Us

Career@MBOT

Peluang Latihan Industri di Lembaga Teknologis Malaysia

Tarikh Iklan: 9 Disember 2024 (Isnin)

Lokasi: Putrajaya

Pelajar Latihan Industri (Kewangan)

  • Kadar Bayaran: RM5.00 sejam (8 jam sehari)
  • Syarat-Syarat Lantikan:
    • Warganegara Malaysia
    • Latihan Industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya
    • Keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) 2.50 pada semester semasa
  • Deskripsi Tugas (Kewangan):
    • Merekodkan senarai pesanan tempatan yang dikeluarkan secara bulanan
    • Menyediakan dan mengemaskini senarai baucar
    • Menyediakan resit bengkel peserta
    • Mencetak resit bayaran daripada e-banker dan dilampirkan di dalam baucar
    • Membantu Pembantu Tadbir Kewangan untuk menyemak dokumen tuntutan honorarium panel
    • Menyemak baucer bayaran yang telah dibuat sebelum difailkan dan cop baucar ‘telah dibayar’ di setiap helaian dokumen baucar
    • Memastikan dokumen sokongan di dalam setiap baucar telah diakui sah
    • Memfailkan semua dokumen setiap bulan
    • Melaksanakan lain-lain tugasan yang berkaitan di bawah unit ini

Technology & Technical Professional Development Secretariat (TPDS)

  • Kadar Bayaran: RM5.00 sejam (8 jam sehari)
  • Syarat-Syarat Lantikan:
    • Warganegara Malaysia
    • Latihan Industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya
    • Keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) 2.50 pada semester semasa
  • Deskripsi Tugas:
    • Menyokong sekretariat dalam menguruskan permohonan Approved Training Provider (ATP) dan pemprosesan program
    • Membantu dalam tugas-tugas pentadbiran, termasuk pengurusan dokumen, penyediaan laporan, dan pengendalian data
    • Memberikan sokongan tambahan dalam pelaksanaan projek atau inisiatif yang memerlukan perhatian terperinci
    • Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan di bawah unit ini

Cara-Cara Memohon

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui pautan Google Form

Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-8800 6268 atau berhubung dengan Unit Sumber Manusia di alamat e-mel [email protected].

Tekan disini!