News

SMART TECHNOLOGY FOR SMART CITY SUMMIT 2019 – TOWARDS SUSTAINABLE NATIONAL DEVELOPMENT

Nov 27, 2019
27 NOVEMBER 2019 – Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Datuk Dr. Wan Ismail telah merasmikan Program Smart Technology For Smart City Summit 2019 – Towards Sustainable National Development yang dianjurkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan kerjasama Malaysian Society for Engineering & Technology (MySET) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
 
Persidangan yang membawakan tema Towards Sustainable National Development ini adalah untuk menggalakkan pembangunan profesional dan berfungsi sebagai satu platform kepada ahli-ahli MBOT dan pemegang taruh berkaitan untuk menambah dan berkongsi pengetahuan tentang teknologi terkini. Acara yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam ini melibatkan sesi pembentangan daripada 14 orang ahli panel dari dalam dan luar negara iaitu Singapura dan Korea yang Antara topik yang dibentangkan berkisarkan Smart Infrastructure & Technology Revolution, Technology Towards Sustainable Society dan Security, Mobility and Connectivity.
 
Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBhg. Dato' Amir bin Omar, Ketua Setiausaha KSM dan tetamu kehormat dari KSM serta 460 orang wakil daripada universiti awam dan swasta, agensi kerajaan, organisasi dan pemain industri berkaitan.