News

SESI DIALOG KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BERSAMA YB MENTERI SUMBER MANUSIA

Sep 13, 2019
11 SEPTEMBER 2019 -  YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc. telah menghadiri Sesi Dialog Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bersama YB Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Mahfuz Omar. Sesi Dialog ini telah diadakan di Grand Ballroom, Hilton Hotel Kuala Lumpur.

Sesi yang dianjurkan oleh Kementerian ini merupakan sesi dialog secara eksklusif antara CEO bersama YB Menteri Sumber Manusia dengan tema Public-Private Partnership in Guiding the Policies of the Ministry yang berfungsi sebagai platform untuk perkongsian idea dan pandangan dalam membantu Kementerian ini untuk merangka polisi yang lebih baik.