News

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KALI KE-4 2019

Sep 28, 2019

29 SEPTEMBER 2019 - YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden MBOT telah dijemput sebagai Tetamu Kehormat untuk merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-4 2019 dan seterusnya menyampaikan Penganugerahan Diploma kepada para graduan.

Dalam ucapan YBhg. Tan Sri Dato’, beliau menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan, serta ibu bapa dan kaum keluarga di atas kejayaan anak-anak mereka. Beliau juga mengalu-alukan graduan Kolej Vokasional yang layak, untuk berdaftar dengan MBOT bagi melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang kemahiran terutama TVET, selari dengan fungsi MBOT yang mengiktiraf Teknologis dan Juruteknik. Beliau juga menyatakan ketersediaan MBOT dalam menyediakan platform kepada Teknologis dan Juruteknik untuk mengembangkan bakat dan kemahiran (talent mobility) yang dimiliki bagi memenuhi kehendak industri.

Majlis Konvoksyen tahun ini menyaksikan seramai 14,387 graduan Kolej Vokasional seluruh Malaysia menerima Diploma masing-masing.

Di kesempatan ini, pihak MBOT mengucapkan terima kasih kepada pihak Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia di atas jemputan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden MBOT ke Majlis Konvokesyen ini.