Feb 25, 2025
25 FEBRUARI 2025 - Program Roadshow Pengiktirafan bersama MBOT-JPK kepada Pusat Bertauliah bertujuan memperkenalkan salah satu fungsi utama Technology and Technical Professional Development Council (TPDC), iaitu pengiktirafan rasmi program kemahiran melalui Pensijilan Teknikal Profesional dan mengukuhkan kerjasama strategik antara pusat bertauliah, industri, dan pelbagai pihak berkepentingan.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan, Pengerusi TPDC yang juga Anggota Lembaga MBOT dan seterusnya, Ts. Hj. Mohd Manoj bin Jumidali, Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Kemuncak program adalah sesi Taklimat Kerjasama Dalam Pembangunan Sumber Manusia Mahir melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang dikendalikan oleh wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Dalam sesi ini, para peserta diberikan penerangan yang mendalam mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang merangkumi asas penilaian, kaedah, dan persijilan yang berlandaskan piawaian kebangsaan.
Secara keseluruhannya, program Roadshow Pengiktirafan Bersama MBOT – JPK ini berjalan dengan lancar dan berjaya memberi pendedahan yang bermakna kepada para pemegang taruh mengenai pengiktirafan kemahiran melalui sistem pensijilan yang diiktiraf.