Aug 21, 2018
Lawatan kerja ke Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) YBhg. Datuk Borhan bin Dolah di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya. Terima kasih YBhg. Datuk KPPA atas layanan mesra yang diberikan kepada MBOT dan komitmen untuk membantu MBOT merealisasikan strategi ke arah memperkasakan Tenaga Kerja Teknikal (Technical Workforce) di dalam sektor awam.
Jutaan terima kasih di atas idea dan sokongan yang diberikan ke arah memprofesionalkan penjawat awam dengan pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah.
Setiap langkah dan perjuangan bermula dengan langkah yang kecil. Inilah di antara langkah pertama MBOT. Kami perlukan sokongan anda.