News

SESI TAKLIMAT MBOT DI TECHNOLOGY DEPOSITORY AGENCY (TDA)

Apr 23, 2019
PUTRAJAYA 15 April - Pada Isnin yang lepas, MBOT telah memenuhi undangan daripada pihak Technology Depository Agency (TDA) di Putrajaya bagi memberikan sedikit taklimat mengenai MBOT dan signifikannya dalam industri. Sesi penerangan tersebut adalah amat interaktif di mana staff TDA aktif bertanyakan pelbagai soalan mengenai MBOT dan profesionalism secara khususnya. 

Sesi taklimat tersebut diakhiri dengan penuh bermakna dan pihak MBOT juga menyambut cadangan dan perbincangan untuk mengadakan kerjasama antara MBOT dengan TDA bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologis dan juruteknik.