News

PERTUKARAN MOU ANTARA MBOT DAN JPK DALAM MEMPERKUKUH KOLABORASI DALAM PENGIKTIRAFAN KEMAHIRAN

Dec 04, 2024
4 DISEMBER 2024 - Program Tripartite Engagement Session (Outcome) 2024 dan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) hari ini telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang, Selangor. Majlis yang penuh bermakna ini menyaksikan pertukaran MoU antara Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan JPK, sebagai simbol kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pengiktirafan program-program kemahiran dan pembangunan bakat teknologi dan teknikal. 

Majlis ini adalah satu inisiatif penting dalam memperkukuh hubungan jangka panjang yang saling memberi manfaat bagi pembangunan kemahiran dan latihan vokasional di Malaysia, serta memastikan bahawa program-program latihan yang dijalankan memenuhi piawaian industri yang tinggi.

Pertukaran MoU ini disempurnakan oleh YBrs. Ts. Zuleah Binti Darsong, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran JPK, dan YBhg. Profesor Emerita Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, FASc., Presiden MBOT dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia dan YBrs. Ir. Ts. Dr. Azmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JPK. 

Kredit Gambar : Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)