News

PERBINCANGAN MENGENAI KETETAPAN AMALAN TEKNOLOGIS PROFESIONAL DALAM BIDANG IT

May 13, 2022

13 Mei 2022 (Jumaat) – Seramai empat orang wakil MBOT telah menghadiri perbincangan mengenai ketetapan amalan teknologis profesional dalam bidang IT. Delegasi MBOT telah diketuai oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT.
 
Turut serta, Ts. Dr. Nor Aznan bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS), Ts. Abdul Hafiz bin Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi), Encik Muhammad Ridhwan Ahmad, Penolong Pendaftar (Penyelidikan & Inovasi) dan Encik Muhammad Aiman Haiqal Ismail, Penolong Pendaftar (Penyelidikan & Inovasi).
 
Tujuan perbincangan ini berkaitan dengan pelaksanaan kod amalan oleh ahli profesional MBOT bagi projek-projek IT di sektor awam.