News

PERBINCANGAN MBOT BERSAMA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

Jul 28, 2020
28 JULAI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima kunjungan dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh yang diketuai oleh Ts. Noor Amizan bin Abd. Rahman, Ketua Unit CESS & Promosi pada hari ini.
 
Lawatan kerja sebentar tadi adalah berkisarkan pelaksanaan taklimat MBOT kepada kakitangan ILP dan pemain industri semasa Seminar Profesionalisme & Peningkatan Kemahiran ILP 2020 yang akan diadakan pada 19 Ogos 2020. MBOT menyambut baik usaha yang dilakukan oleh warga ILP dan bersetuju untuk menyertai seminar ini sebagai penceramah  slot seminar MBOT serta pempamer. Selain itu, pihak ILP juga telah mencadangkan untuk menjalinkan kerjasama menerusi pewujudan hub Info & Aktiviti MBOT mengikut zon.