News

PERBINCANGAN KERJASAMA MBOT DAN JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (JPDP)

Nov 24, 2020
24 NOVEMBER 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan perbincangan kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) di Pejabat MBOT hari ini. Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Ts. Mohd Nazrol Marzuke, Pendaftar MBOT manakala wakil dari JPDP diketuai oleh Encik Mohd Fardhi bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JPDP.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kolaborasi untuk menyemak dan menambahbaik takrifan bidang Teknologi Keselamatan Siber (Cybersecurity). Selain itu, sebagai sebuah badan yang mengawal selia dan menguatkuasa PDPA di Malaysia, JPDP dilihat boleh bekerjasama dengan MBOT untuk memberikan bimbingan dalam pengendalian data dengan selamat dan memberikan kesedaran tentang perlindungan data terutama dalam isu ketirisan maklumat peribadi dan penipuan siber.