Jul 02, 2019
1 JULAI 2019 - Ts. Mohd Nazrol bin Marzuke, Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah memenuhi jemputan untuk menyaksikan perasmian Tahfiz TVET di Galleri Klang Sentral. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Sebagai badan profesional yang mengiktiraf profesion teknologis dan juruteknik, MBOT menyokong penuh usaha kerajan untuk memperkasa pendidikan vokasional dan pendidikan tahfiz secara holistik bagi melahirkan lebih ramai huffaz profesional yang berkemahiran.
Menariknya, penubuhan TVET Tahfiz itu bertujuan membantu para pelajar tahfiz untuk mendapatkan latihan berkemahiran yang bersistematik melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang Automasi dan Robotik di mana ia mampu membuka peluang yang lebih cerah untuk memenuhi keperluan industri masa kini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enter Coridor, Ahmad Radzi Yusof; Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Wa As Sunnah (MTAQWA’S), Ahmad Zaki Abdul Latif; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.