Dec 17, 2019
17 DISEMBER 2019 - Penukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Technology Depository Agency (TDA) telah berlangsung bersempena TDA & Industry Hi-Tea 2019 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.
Penukaran MoU tersebut telah dilaksanakan oleh Ts. Mohd Nazrol bin Marzuke, Pendaftar MBOT dan Dato' Zailani Safari, Ketua Pegawai Eksekutif TDA. MBOT telah menandatangani MoU bersama TDA bagi menjalinkan kolaborasi strategik untuk memperkukuh peranan dan fungsi Panel Pakar Teknologi (TEP).
Sehingga kini, MBOT telah menandatangani MoU dengan 40 organisasi yang terdiri daripada institusi pengajian, agensi kerajaan, organisasi dan industri.