Feb 19, 2020
19 FEBRUARI 2020 - Pada sesi perkongsian pada hari ini, MBOT telah menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar Diploma di Kolej Vokasional, Sepang. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mereka berpeluang berinteraksi secara interaktif dengan pegawai MBOT dan rakan-rakan mereka. Pelajar telah didedahkan dengan fungsi MBOT secara am, kepentingan pengiktirafan profesional dan laluan kerjaya Juruteknik dan Teknologis.
Sebahagian pelajar telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan layak mendaftar sebagai Juruteknik Berkelayakan manakala selebihnya sedang membuat persiapan menduduki peperiksaan SKM dan Diploma. Pihak KV Sepang juga telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Technology Students Association (TSA) bagi memberi peluang kepada pelajar meningkatkan perkembangan peribadi, kepimpinan dan peluang kerjaya dalam bidang Sains dan Teknologi.
Seramai 150 orang pelajar jurusan Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian dan Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi telah menghadiri sesi ini.