News

PEMETERAIAN CADANGAN KERJASAMA MBOT DAN JTM

Sep 15, 2020
15 SEPTEMBER 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia telah mengadakan perbincangan lanjut bersama Jabatan Tenaga Manusia (JTM) susulan daripada perbincangan awal yang telah diadakan pada 16 Julai 2020 di pejabat JTM, Kementerian Sumber Manusia. 

Intipati mesyuarat ini adalah berkaitan penyelarasan proses pendaftaran dan pengiktirafan iktisas tenaga kerja teknikal Institut Latihan JTM secara berkelompok serta pemeteraian kerjasama antara MBOT dan JTM. Dalam pada itu, MBOT turut mencadangkan untuk melantik JTM sebagai Panel Pakar Teknologi MBOT dalam usaha memartabatkan TVET di Malaysia.