News

MESYUARAT MBOT BERSAMA RADICARE (M) SDN BHD

Sep 06, 2021
6 SEPTEMBER 2021 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan perbincangan bersama syarikat Radicare (M) Sdn Bhd secara maya pada hari ini. 

Perbincangan ini meliputi taklimat mengenai pengiktirafan profesional kepada kakitangan Radicare dalam unit berkaitan teknologi dan teknikal. Sementelahan itu, Radicare turut mendokong usaha MBOT untuk menaik taraf profesion teknologis dan juruteknik dengan meletakkan pra syarat kepada bakal pekerja untuk mendaftar bersama MBOT sebelum diterima bekerja. Selain itu, pelbagai inisiatif akan dijalankan oleh Radicare untuk menggalakkan kakitangan mereka berdaftar sebagai profesional sebagai satu galakan untuk kemajuan kerjaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Norhefny bin Ahmad, Pengurus Besar Radibems Sdn Bhd (A) dan dihadiri oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan beberapa orang wakil dari Radicare dan MBOT.