News

MESYUARAT ANTARA MBOT DAN JABATAN PERTANIAN

Mar 04, 2022
4 MAC 2022 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan satu mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian bertempat di Putrajaya hari ini. 

Mesyuarat tersebut telah membincangkan kerjasama berkaitan pembangunan bakat serta penerapan teknologi dalam sektor pertanian di Putrajaya. Menurut Dato' Zahimi, penggunaan teknologi moden dalam pertanian dengan aplikasi teknologi maklumat (IT) seperti teknologi dron, kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian. 

Mesyuarat ini turut disertai oleh beberapa orang pegawai kanan MBOT dan Jabatan Pertanian.