News

MBOT SERTAI MALAYSIA URBAN FORUM (MUF2020)

Sep 30, 2020
30 SEPTEMBER 2020 - YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia telah dijemput sebagai ahli panel forum sesi 5 yang bertajuk 'Driving Sustainability Through Technology and Innovation' bersempena Malaysia Urban Forum 2020 (MUF2020). Menariknya, MUF2020 yang dianjurkan oleh Urbanice Malaysia pada tahun ini menyediakan dua platform yang interaktif iaitu secara maya dan fizikal.

Sesi ini telah berlangsung pada hari ke-3 MUF2020 yang bertempat di Auditorium, Asian International Arbitration Centre, Bangunan Sulaiman, Kuala Lumpur. Forum sesi 5 telah mengumpulkan 7 figura terkemuka dan berpengalaman bagi berkongsikan pandangan dan penyelesaian ke arah memacu kemampanan melalui teknologi dan inovasi.