News

MBOT, EDUCITY ISKANDAR BINCANG KERJASAMA DUA HALA

Jul 12, 2021

12 JULAI 2021 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Educity Iskandar telah mengadakan perbincangan dua hala antara lain mengenai kerjasama strategik dalam pelaksanaan inisiatif PERANTIS ISKANDAR bagi melahirkan pekerja berkemahiran tinggi mengikut acuan industri.

Selain itu, turut menjadi agenda perbincangan kedua-dua pihak adalah potensi program-program bersifat teknologi yang dijalankan oleh Educity International College untuk diakreditasi oleh MBOT.

Mesyuarat ini telah disertai oleh Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan Tc. Abdul Hafiz Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi) MBOT manakalah Educity diwakili oleh Professor Dr. Sakina Sofia Baharom, Pengarah Operasi dan Pn. Faridah Ismail, Ketua Bahagian Pendidikan.

Educity Iskandar merupakan Asia's First Multi-Campus Education City yang menempatkan 14 institusi pendidikan, merangkumi 5 universiti antarabangsa, 3 universiti tempatan, 3 sekolah antarabangsa dan 3 akademi latihan dengan jumlah pelajar melebihi 4000 orang.