Jan 24, 2020
23 JANUARI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia menyambut baik inisiatif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk menjalin kerjasama bagi mengembangkan bakat Bumiputera dalam bidang Teknologi.
Dalam satu perbincangan yang diadakan di Pejabat MBOT, Yayasan Peneraju menyatakan hasrat untuk mendaftarkan alumni mereka sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.). Yayasan Peneraju yang diwakili Tuan Nikman Ahmad Fuzi, Pengarah Bersekutu, Jabatan Pengurusan Program dan Penyampaian Perkhidmatan telah memperkenalkan fungsi dan misi penubuhan Yayasan.
Menerusi perbincangan tersebut, MBOT telah mencadangkan untuk mendaftarkan pelajar-pelajar di bawah program pembiayaan Yayaysan terutama pelajar pendidikan kemahiran dan teknikal bagi meningkatkan kualiti penjenamaan diri sekaligus menepati permintaan industri.