News

MBOT BERADA DI PAMERAN MINGGU TVET NEGARA 2022

Jun 19, 2022

19 - 24 Jun 2022 – Bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, minggu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara 2022 di Polikteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menjadi tumpuan lebih 10,000 pelajar sekolah serta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
 
MBOT turut berpeluang menjadi salah satu pempamer dalam usaha menyokong inisiatif bagi memperkasa bidang TVET yang dilihat seiring dengan keperluan industri negara sekali gus menjadi laluan kerjaya utama bagi belia di Malaysia.
 
Selain itu, YBhg Datuk Ts Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Presiden, MBOT juga turut dijemput sebagai ahli panel forum bersempena dengan Minggu TVET Negara 2022 bertajuk “Women in Technology” pada 20 Jun 2022.
 
Panel lain bagi sesi forum ini ialah:
 

  1. Puan Aida Ismail, Presiden, Women Corporate Aviation Asia
  2. Ts. Hjh. Sharifah Zaida Nurlisha Syed Ibrahim, Pengerusi, Women in Technologist Chapter
  3. Profesor Madya Ir. Dr. Syuhaida Ismail, Setiausaha Kehormat, The Institution of Engineering & Technology