News

MAJLIS PELANCARAN PENSIJILAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Jan 07, 2025
7 JANUARI 2025 - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah melancarkan Pensijilan Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal hari ini yang dirasmikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Majlis Pensijilan Pembangunan Profesional ini bertujuan untuk memastikan jaminan kualiti dan standard pensijilan kursus jangka pendek dalam bidang teknologi dan teknikal. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara MBOT dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) yang memainkan peranan penting bagi memastikan tenaga kerja dalam bidang teknologi dan teknikal memperoleh peningkatan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Professor Emerita Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Presiden MBOT, wakil HRD Corp, wakil-wakil daripada MOSTI, agensi Kerajaan dan penyedia latihan.

Kredit gambar: Kementerian Sains, Teknologi Inovasi (MOSTI)