News

LAWATAN RASMI YB MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KE MBOT

Oct 27, 2021
27 OKTOBER 2021 - Hari ini, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima lawatan rasmi dari YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bertempat di Pejabat MBOT, Putrajaya. 

Semasa lawatan tersebut, YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden MBOT telah berkongsikan mengenai perkembangan terkini MBOT yang meliputi pendaftaran, akreditasi program akademik dan libaturus yang sedang dijalankan bersama pemain industri dan institusi. 

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Anggota Lembaga, pengurusan tertinggi MBOT dan pegawai-pegawai kanan MOSTI.