News

LAWATAN MBOT KE ADTEC TERENGGANU

Jan 19, 2023
19 JANUARI 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan perjumpaan bersama Tuan Hamdan bin Hashim, Timbalan Pengarah Latihan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman hari ini.   

Delegasi MBOT diketuai oleh Dr Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan disertai oleh pegawai-pegawai kanan MBOT. Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan mengenai kolaborasi strategik program-program yang dianjurkan oleh ADTEC.

Selain itu, pihak ADTEC menyuarakan hasrat untuk mendaftarkan kakitangan teknikal dan graduan-graduan berkaitan teknologi dan teknikal sebagai ahli MBOT secara pukal. Ini secara tidak langsung akan memberi nilai tambah kepada teknologis dan juruteknik yang berkhidmat di ADTEC.