Mar 13, 2023
13 MAC 2023 - YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur hari ini.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk memperkenalkan peranan MBOT kepada YB Menteri. Dalam pertemuan itu, YBhg. Datuk Siti Hamisah berkongsi perkembangan dan agenda terkini hala tuju MBOT dalam memperkasa bakat-bakat teknologi tempatan.
Turut hadir ialah Anggota Lembaga MBOT, YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib, YBrs. Ts. Liew Choon Lian, YBrs. Tc. Kamarul Azman bin Mohd Ikram, YBrs. Ts. Ir. Yam Teong Sian, Puan Sri Ts. Dr. Mahaletchumy Arujanan dan pengurusan tertinggi MBOT.