Feb 10, 2023
20 JANUARI 2023 - YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menjalankan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Dr. Alauddin Bin Sidal, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara hari ini.
Tujuan kunjungan hormat tersebut ialah membincangkan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan kapasiti teknologis dan juruteknik dalam sektor awam. Inisiatif ini meliputi aspek kepimpinan, pengurusan, tadbir urus dan etika.
Kunjungan ini turut disertai oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan Ts. Abdul Hafiz Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi).