Apr 01, 2022
1 APRIL 2022 - YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah hadir di Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini untuk bertemu dengan Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.
Kunjungan hormat dari Presiden dan delegasi MBOT ini adalah untuk berkongsi mengenai fungsi dan peranan MBOT dalam mengiktiraf teknologis dan juruteknik serta menjalankan akreditasi program akademik. Sehingga kini, UniMAP menawarkan enam program teknologi yang diakreditasi oleh MBOT.
Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan YBrs. Ts. Dr. Nor Aznan Mohd Nor, Timbalan Pengarah Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal MBOT.
Gambar : Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli