Apr 14, 2022
14 APRIL 2022 - YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Prof. Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Pejabat Naib Canselor hari ini.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai MBOT dan meneroka peluang kerjasama antara UTeM dan MBOT terutama dari aspek akreditasi program akademik bersifat teknikal dan teknologi. Seiring dengan itu, MBOT mencadangkan untuk mendaftarkan warga kerja UTeM sebagai profesional secara pukal. Ia adalah bagi menggalakkan pengiktirafan profesional dalam bidang teknikal dan teknologi terutama kepada ahli akademik.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Prof. Dr. Zulkiflie Ibrahim manakala MBOT turut diwakili oleh YBrs. Tc. Kamarul Azman bin Mohd Ikram, Anggota Lembaga MBOT, YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan YBrs. Ts. Dr. Nor Aznan Mohd Nor, Timbalan Pengarah Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal MBOT.