News

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MBOT KE ATAS MENTERI BESAR SELANGOR

Feb 29, 2024
29 FEBRUARI 2024 - YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor yang bertempat di kediaman rasmi beliau di Shah Alam hari ini.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua belah pihak untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama dan memperkasa graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.

Dalam pertemuan tersebut, YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari turut berkongsi mengenai Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) yang merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri. Menurut YAB Dato' Seri Amirudin, STDC akan menumpukan bidang TVET bagi memenuhi kehendak industri dengan menjalinkan kerjasama dengan pemain-pemain industri terkemuka seperti Apple dan Siemens.