News

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) KEPADA KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT)

Feb 16, 2022
16 FEBRUARI 2022 - YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi membincangkan potensi kerjasama antara MBOT dan MOT. 

Mesyuarat yang diadakan secara atas talian ini dimulakan dengan pengenalan mengenai fungsi dan peranan MBOT serta perkongsian mengenai inisiatif-inisiatif semasa yang dijalankan. MBOT dan MOT turut membincangkan tentang aktiviti Closed Working Group yang akan melibatkan Community of Practice dalam kalangan Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam bidang teknologi aeroangkasa dan penerbangan. 

Mesyuarat ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan MBOT dan MOT serta YBrs. Ts. Ricky Liew Chee Leong, Panel Pakar Teknologi MBOT yang juga Ketua Kejuruteraan dan Jaminan Kualiti, SR Aviation Sdn Bhd.

Gambar : Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)