News

KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR MBOT KE PEJABAT KETUA PENGARAH AELB

Feb 14, 2022
14 FEBRUARI 2022 - YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Tuan Haji Hasmadi bin Hassan hari ini.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi merangka kerjasama strategik antara kedua-dua agensi. MBOT turut mencadangkan pengiktirafan profesional sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) kepada kakitangan AELB terutamanya kepada bakal-bakal pesara. Ia adalah bagi memberi ruang kepada pesara untuk menyumbang kepakaran dan pengalaman bagi kerja-kerja konsultansi berkaitan atom selepas bersara. 

Kunjungan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.