Feb 24, 2022
24 FEBRUARI 2022 - Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir hari ini menerima kunjungan hormat dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Dekan SOC UUM, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Azham Hussain.
Dalam sesi ini, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Azham telah berkongsi mengenai akreditasi program-program teknologi dan teknikal di bawah SOC UUM. Beliau berkata, SOC UUM dalam proses mendapatkan akreditasi dari Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) MBOT bagi memastikan graduan yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan industri sekaligus mampu menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan pengangguran akibat pandemik COVID-19.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat ini ialah YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni, YBrs. Dr. Azizi Ab. Aziz, Pengarah Akademi STEM dan YBhg. Prof. Dr. Huda Ibrahim, Profesor SOC UUM.