May 11, 2022
11 Mei 2022 – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kunjungan hormat ini bertujuan bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai MBOT dan meneroka peluang kerjasama di antara UniSZA dan MBOT.
UniSZA telah diwakili oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany, Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti (SPaQM) manakala MBOT diwakili oleh Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar, MBOT.
Turut hadir ialah YBrs. Ts. Dr. Nor Aznan bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS) dan YBrs. Ts. Abdul Hafiz bin Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi), MBOT.