News

KUNJUNGAN HORMAT KOREA RESEARCH INSTITUTE FOR VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (KRIVET) KE MBOT

Sep 25, 2019
24 SEPTEMBER 2019 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Korea Research Institute for Vocational Education and Training (KRIVET). 

Delegasi KRIVET yang hadir ialah Dr Kang Kyeong Jong, Timbalan Presiden, Mr Han Jong Taek, Koordinator dan Miss Kim Yeong-Eun, Penyelidik KRIVET. Kehadiran delegasi KRIVET disambut baik oleh YBrs. Ts. Sailanathan a/l Podian, Anggota Lembaga MBOT, Ts. Mohd Nazrol Marzuke, Pendaftar MBOT, Ts. Mohd Khairuddin Rais, Timbalan Pendaftar MBOT dan pegawai Bahagian Pembangunan Profesional MBOT. Mesyuarat ini turut disertai oleh wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). 

Semasa kunjungan tersebut, MBOT telah menyuarakan hasrat untuk bekerjasama sekaligus mencadangkan KRIVET sebagai panel ulasan antarabangsa untuk memastikan jaminan kualiti program akreditasi dan penilaian profesional.