Oct 01, 2024
1 OKTOBER 2024 - YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Dalam pertemuan tersebut, Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Presiden MBOT berkongsi mengenai perkembangan terkini MBOT, termasuk pencapaian semasa dan inisiatif yang dirancang bagi tahun 2025.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk membincangkan beberapa isu utama MBOT, seperti penguatkuasaan akta dalam memperkukuh pengiktirafan teknologis dan juruteknik, usaha meningkatkan keterlihatan ahli profesional MBOT, cadangan kolaborasi dengan pelbagai pihak berkepentingan, serta inisiatif memperkenalkan MBOT kepada pelajar sekolah.