Oct 27, 2020
27 OKTOBER 2020 - YBhg. Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad, Menteri Besar Johor. Kunjungan ini turut disertai oleh YBrs Ts. Mohd Nazrol bin Marzuke, Pendaftar MBOT. YBrs. Tc. Abdul Hafiz bin Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar (Operasi) MBOT dan Tuan Haji Mohd Ekmaluddin bin Dato’ Ishak, Ketua Eksekutif JCCD.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala di antara MBOT dan Kerajaan Negeri Johor melalui Johor Centre for Construction Development (JCCD) untuk meningkatkan peranan Teknologis dan Juruteknik dalam kalangan warga kerja Kerajaan Negeri Johor dan rakyat Johor secara amnya terutama dalam industri pembinaan dan teknologi.
Jaringan kerjasama strategik ini merupakan salah satu usaha mengiktiraf lebih ramai Teknologis dan Juruteknik yang berkemahiran tinggi dan inovatif sebagai profesional serta dapat membantu meningkatkan kecekapan tenaga mahir dalam mengikuti arus Revolusi Industri 4.0.
Semasa kunjungan tersebut juga, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaidee turut menyampaikan sijil Teknologis Berijazah kepada YAB Datuk Ir. Haji Hasni, Tuan Haji Mohd Ekmaluddin, Encik Azman bin Jaafar, Pengarah Teknikal JCCD dan Encik Noralif bin Norsam, Ketua Teknikal & Operasi JCCD.
Ihsan gambar : Kerajaan Negeri Johor