News

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Dec 06, 2019

6 DISEMBER 2019 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di KOMTAR, Pulau Pinang pada hari ini. YBhg. Datuk Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, menyambut baik kehadiran wakil MBOT iaitu YBhg. Datuk Ts. Feroz Hanif bin Mohamed Ahmad dan YBrs. Ts. Choo Kok Beng, Anggota Lembaga MBOT. 

Mesyuarat ini membincangkan pengenalan tentang MBOT dan cadangan kerjasama di antara MBOT dan MBPP serta perbincangan hala tuju MBOT bersama Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA). 

Turut hadir bersama ialah wakil-wakil MALA dan Panel Pakar Teknologi MBOT iaitu Technological Association Malaysia (TAM).