News

KUNJUNGAN HORMAT KE BRITISH MALAYSIAN CHAMBER OF COMMERCE BERHAD (BMCC)

Jan 08, 2024
8 Januari 2024 - Delegasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Presiden MBOT telah mengadakan kunjungan hormat ke British Malaysian Chamber of Commerce Berhad (BMCC).

Delegasi MBOT turut disertai oleh Dr. Suaathi a/p Kaliannan, Timbalan Pendaftar (Strategik). Manakala BMCC diwakili oleh Cik Jennifer Lopez, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Hau Wei Yoong, Pengurus Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Kerajaan.

Objektif utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama antara MBOT dan BMCC serta berkongsi pandangan mengenai kemajuan pembangunan teknologi dan memperkasa rangkaian kerjasama dalam bidang-bidang teknologi seperti keselamatan siber, teknologi hijau, peranti perubatan dan tenaga.

Semasa lawatan tersebut, Prof. Datuk Siti Hamisah telah memberikan gambaran menyeluruh mengenai fungsi dan peranan MBOT serta inisiatif-inisiatif utama yang bakal dilaksanakan oleh MBOT dengan penglibatan pemegang-pemegang taruh. 

Sementara itu, Cik Jennifer Lopez turut memperkenalkan program-program BMCC yang direka untuk merapatkan jurang antara industri dan universiti di United Kingdom dan Malaysia. Penekanan khusus diberikan kepada bidang pendigitalan, kemampanan dan kesihatan mental sebagai bidang tumpuan utama.