News

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PRESIDEN INTERNATIONAL CYBER SECURITY CERTIFIED BODY (ICSCB)

Jan 16, 2023
16 JANUARI 2023 - YBrs. Dr Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Keen Fai Chew, Presiden International Cyber Security Certified Body (ICSCB) dan YBrs. Dr Masri Sahri, wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Mesyuarat ini telah membincangkan mengenai prosedur permohonan akreditasi program Diploma yang akan ditawarkan oleh ICSCB. Sehingga kini, terdapat 10 kursus pensijilan diploma yang dijalankan oleh ICSCB dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). MBOT turut mempelawa ICSCB untuk mendaftar sebagai Approved Training Provider (ATP) yang akan memberi manfaat kepada ahli profesional MBOT terutama dalam bidang keselamatan siber.