News

KUNJUNGAN HORMAT DARI YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA (YAYASAN PENERAJU)

Feb 19, 2021

19 FEBRUARI 2021 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju). Perbincangan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dengan lebih lanjut mengenai polisi, aktiviti dan program pembangunan modal insan bagi mengiktiraf dan memperkasa Teknologis dan Juruteknik sebagai satu profesion ikhtisas di Malaysia. Yayasan Peneraju dan MBOT telah berbincang untuk mengadakan kolaborasi strategik dalam usaha untuk menyokong pembangunan Malaysia secara amnya melalui pertambahan bilangan tenaga kerja dalam bidang Teknologi dan Teknikal.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ts. Mohd Nazrol Marzuke, Pendaftar MBOT manakala Yayasan Peneraju diwakili oleh Encik Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syed Arnez Syed Khalil, (Pengarah Bersekutu Kanan) dan Encik Muhammad Ayinan Annuar (Pengarah Bersekutu Perhubungan Strategik).  

Kunjungan tersebut telah diatur rentetan daripada lawatan kerja daripada Yayasan Peneraju kepada MBOT pada 23 Januari 2020.