Jan 09, 2023
09 JANUARI 2023 - YBhg. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, FASc., Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar.
Semasa kunjungan tersebut, YBhg. Datuk Siti Hamisah telah berkongsi mengenai peranan dan perkembangan terkini MBOT dalam mengiktiraf profesion Teknologis dan Juruteknik. Kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai penglibatan ahli profesional MBOT dalam kursus induksi yang dijalankan oleh Institut Alam Sekitar Malaysia.