Jul 29, 2021
29 JULAI 2021 - YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Sharoul Jambari, Ketua Pegawai Eksekutif Technology Depository Agency (TDA) secara dalam talian.
Dalam sesi ini, YBrs. Dr. Md Fauzi telah berkongsi lebih lanjut mengenai kerjasama antara MBOT dan TDA sebagai Panel Pakar Teknologi (TEP) yang akan membantu MBOT dalam membangunkan ketetapan amalan bagi setiap bidang teknologi dan teknikal berkaitan. Kerjasama ini turut berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada kakitangan teknikal TDA dengan pendaftaran secara pukal sebagai Teknologis Berijazah dan seterusnya bergelar Teknologis Profesional (Ts.).
Ihsan gambar : Technology Depository Agency (TDA)