News

KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI TLDM

Feb 07, 2022
7 FEBRUARI 2022 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) hari ini telah menerima kunjungan hormat delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diketuai oleh Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah, Ketua Jurutera TLDM bertempat di Pejabat MBOT, Putrajaya. 

Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan kerjasama strategik antara Bahagian Kejuruteraan TLDM dan MBOT dalam menggalakkan warga TLDM untuk mendapatkan pengiktirafan profesional semasa dalam perkhidmatan. Selain itu, MBOT turut mengalu-alukan dan menyokong cadangan penglibatan warga TLDM dalam Community of Practice (CoP) untuk membangunkan amalan profesional terbaik bagi bidang teknologi yang berkaitan khususnya Teknologi Maritim.