Jul 13, 2020
13 JULAI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerima kunjungan dari wakil Affin Islamic Bank Berhad. Delegasi organisasi perbankan tersebut diketuai oleh Encik Ferdaus Toh Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.
Perbincangan ini adalah bertujuan mencari ruang kerjasama antara sebuah badan profesional dan institusi perbankan. Menerusi mesyuarat sebentar tadi, kedua-dua organisasi dilihat mampu mewujudkan kerjasama strategik dari segi kewangan serta pembiayaan pendidikan bagi bidang Teknologi dan Teknikal.
Kerjasama ini diharap dapat direalisasikan bagi mengalakkan lebih ramai pelajar menyambung pengajian dalam bidang teknikal dan teknologi sekaligus bergelar ahli berdaftar dan ahli profesional di bawah MBOT kelak.