News

MBOT DAN GIATMARA RANCANG KERJASAMA STRATEGIK

Jul 13, 2020
13 JULAI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan GIATMARA Malaysia merancang untuk mengadakan kerjasama strategik bagi membantu menaik taraf tenaga pengajar Giatmara di samping memberi pendedahan awal kepada para pelajar GIATMARA untuk mendaftar sebagai ahli MBOT sejurus tamat belajar. 

MBOT akan membuka ruang pendaftaran dan seterusnya penilaian profesional secara berkelompok kepada tenaga pengajar GIATMARA. Selain itu, GIATMARA bercadang untuk menyertai MBOT sebagai penyedia program latihan di 7 lokasi Giatmara yang menawarkan kursus dan latihan induksi dalam bidang berkaitan Teknologi dan Teknikal.