News

MESYUARAT MBOT BERSAMA FINAS DAN ICEPS-UITM

Jul 08, 2020
7 JULAI 2020 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah hadir ke Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) bagi menghadiri mesyuarat bersama wakil dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Institute of Continuing Education and Professional Studies iCEPS-UiTM. YBhg. Prof. Datuk Dr. A. Razak Mohaideen, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Kampus Puncak Alam turut hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut. 

Kolaborasi ketiga-tiga organisasi ini disasarkan untuk memastikan lebih ramai personnel dalam bidang Multimedia Kreatif untuk diiktiraf sebagai profesional. Terdapat perancangan untuk menjalin kerjasama dengan menandatangi MoU dan seterusnya menganjurkan beberapa siri bengkel pemurnian bidang Teknologi Senireka dan Multimedia Kreatif.