Sep 21, 2024
21 SEPTEMBER 2024 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah meneruskan inisiatif Student Chapter dengan penganjuran Kursus Kompetensi buat julung-julung kalinya, yang dianjurkan bersama Heitech Padu Sdn Bhd. Program yang diadakan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) ini berjaya menarik penyertaan seramai 35 orang pelajar. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pelajar dalam bidang teknologi maklumat, di samping memberikan pendedahan praktikal kepada peserta mengenai kemahiran terkini dalam pembangunan perisian.
Aktiviti ini dilaksanakan dengan kerjasama erat bersama Heitech Padu Sdn Bhd, yang bertindak sebagai rakan kolaborasi utama dalam penganjuran kursus ini. Topik utama yang diketengahkan dalam kursus ini adalah Flutter Beginner. Kursus ini bertujuan untuk memberi asas pengetahuan mengenai Flutter serta membimbing pelajar dalam proses pembangunan aplikasi mudah alih.
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang pelatih dari Heitech Padu Sdn Bhd, iaitu; En. Afiq Luqman dan Cik Nurul Khairah binti Shahairi. Kedua-dua fasilitator tersebut telah menyampaikan modul kursus dengan berkesan dan membantu para pelajar memahami aspek teknikal Flutter. MBOT komited untuk terus menganjurkan program-program yang memberi manfaat kepada pelajar dan menyokong pembangunan bakat dalam industri teknologi.