Oct 23, 2024
12 OKTOBER 2024 - Menerusi inisiatif TUNE Student Chapter, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan Kursus Kompetensi, hasil kerjasama erat dengan Heitech Padu Sdn Bhd. Kursus yang dihadiri oleh 34 orang pelajar ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi maklumat, khususnya dalam platform pembangunan aplikasi mudah alih.
Encik Afiq Luqman dari Heitech Padu Sdn Bhd, telah berkongsi ilmu berkenaan Flutter Beginner. Kursus ini telah membuka minda para peserta untuk meneroka pembelajaran aplikasi dengan lebih terperinci.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Heitech Padu Sdn Bhd atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. MBOT percaya bahawa inisiatif seperti ini akan membantu memperkasa pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang diperlukan dalam industri.