News

COURSE COMPETENCY TUNE@UNITEN

Dec 07, 2024

7 DISEMBER 2024 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan sukacitanya meneruskan aktiviti Student Chapter dengan menganjurkan Kursus Kompetensi, yang diadakan hasil kerjasama antara MBOT dan Heitech Padu Sdn Bhd. Kursus ini telah dihadiri oleh 30 orang pelajar yang berminat untuk memperluas pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Program ini bertujuan memberikan pendedahan yang lebih mendalam tentang keperluan dan amalan terbaik dalam dunia IT, serta untuk membantu pelajar mempersiapkan diri mereka untuk cabaran masa depan.

Para penceramah yang telah menyumbangkan pengetahuan dan kepakaran mereka sepanjang kursus ini ialah Ts. Dr. Norhazilawati Awang, Ts. Mohd Hairi Azly, Ts. Norhafizah, Ms. Haslinda, dan Ts. Dr. Khairol Amin dari Heitech Padu Sdn Bhd, yang telah memberi bimbingan kepada para pelajar. Topik kursus kali ini berfokus kepada Application Security dan Secure Coding, yang merupakan aspek penting dalam pembangunan perisian yang berkualiti dan selamat. Pelajar diberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai ancaman keselamatan siber terkini dan bagaimana mereka dapat mengintegrasikan prinsip keselamatan dalam setiap fasa pembangunan aplikasi.

Dengan adanya program seperti ini, MBOT berhasrat untuk terus menggalakkan pembangunan bakat muda dalam industri teknologi, serta menyediakan platform bagi pelajar untuk meningkatkan kemahiran teknikal mereka.